hr ni merupakn kali ke-2 aku msuk klas munakahat.padahal x pnah reg pon.sj je nk msuk.da lme x join klas agama.tringat zaman dip dlu.every sem msti kna reg 1 subject agama.best sgat..bleh dgr syarahan ust n ustzh..kalo diorg bg statement in arabic aku dah bleh detect pe maksudnye in malay..but skarg, sume tu tggal kenangan..bhs arab pon byk da lupe..mmm..
klas munakahat ni diajar oleh seorg pensyarah yg brnama dr. jasni..dia ni suke wt lawak.lawak dia tu xleh blah woo...huhuhu ;)
tjuk yg diajar ialah Hadhanah dlm bm disebut hak penjagaan anak..
k..ni de sedikit notes sebagai maklumat pd tajuk kite hr ni..
Hadhanah bermakna pemeliharaan anak lelaki atau perempuan yang masih kecil yang belum boleh berdikari, menjaga kepentingan anak, melindunginya dari segala yang membahayakan dirinya, mendidik rohani dan jasmani serta akalnya supaya si anak dapat berkembang dan dapat mengatasi persoalan hidup yang akan dihadapinya.
Dalam Islam, hukum memelihara anak adalah satu kewajiban ibu bapa kerana si anak memerlukan asuhan dan kasih sayang ketika dalam proses pertumbuhan hidupnya. Persoalan yang timbul ialah siapa yang berhak memelihara dan menjaga anak jika ibu bapa bercerai-berai?
Menurut sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar,“Bahawasanya seseorang perempuan telah datang menemui Rasulullah saw dan bertanya: “Ya Rasulullah, bahawa anankku ini, perutkulah kandungannya, susukulah minumannya dan ribaanku rumahnya tetapi bapanya telah menceraikan aku dan hendak merampas anak itu daripada aku”. Selepas mendengar aduan itu Rasulullah saw bersabda,“Engkaulah yang lebih berhak menjaga anak itu selagi engkau belum berkahwin lain”.(Riwayat Abu Daud)
Hadith ini menetapkan bahawa ibu adalah lebih berhak terhadap pemeliharaan anak daripada ayah. Berdasarkan kepada kiasan hadith tersebut ternyata orang perempuan lebih diutamakan tentang hak pemeliharaan anak, kemudiannya barulah diikuti oleh orang lelaki. Islam mengutamakan perempuan dalam hal hadhanah ini kerana ibu lebih sayang kepada anaknya, lebih tahu bagaimana mendidiknya dan lebih sabar dalam mengasuh anaknya daripada ayah. Demikian juga mempunyai masa yang luas berdampingan dan bermanja dengan anak-anak berbanding dengan bapa yang selalu sibuk dengan tugas di luar.
i hope u can get something..k la..kite jumpe di len hari..wasalam..
