
Tuesday, December 1, 2009
~::Oral Research Presentation::~

Sunday, November 1, 2009
~::Killer Weeks::~
Sunday, October 25, 2009
~::Nyanyian dan Alat Musik::~

Friday, October 23, 2009
~::TERPAKSA beli::~
niat g BJ juz nk bli Dreamweaver CS4 tuk fyp. mmg dah set in mind xnk beli pape. juz that software only. mmm.. tp, tu la kn.. org kate malang x berbau. kitorg singgah kt stall jam. then, tngk2.. aida tnjuk kt kitorg 1 jam yg unik. mmg UNIK dan yg unik tu la mnjd punca aku TERPAKSA beli. huhuhuhu.. ms aku nk ltak jam tu kt tmpt asl, jam x leh berdiri ngan btol lalu jatuh trgolek2 ke bwh. ms tu aku dah kecut perut. aida kte "once broken, consider sold". oh..tidakkkkkkk!!!.. trketar2 lutut aku. then, nyonya tu tngk la keadaan jam tu. cermin dia tercabut. nasib baik x pecah. adehhhhh~ tp, aku admited la tu mmg salah aku. aku ckap la kt nyonya tu, aku beli. nk wt cmne kn dah salah sendiri.

after i paid RM19.90, nyonya bg receipt n suh aku g jln2 dlu. coz, dia nk baiki jam tu. al maklum lah cermin trtanggal. kang pelik lak pki jam xde cermin. hehehehe.. tp, pape pon aku tetap brsyukur sbb berbaloi. jam tu smart n stylo gak la. buat nye yg jatu tu jam yg tahapehape n > RM20 mmg aku nekad lari arr. hehehehe.. cm dia x leh kejar je kn. hahahahha.. nway, aku mmg puas hati wpun TERPAKSA. dlm hati de gak rs kecewa sbb aku dah de jam n duit tu leh wt pruntukkn pd mende len. mmm..
moral of the story, len kali aku xnk singgah kt kedai yg merbahaya. hahahahha.. erti merbahaya tu aku, aida n muha je yg paham. heheheh.. so, dgn x sengaja aku tlah mmbelanjakn RM40 yg sepatutnye hanya lah RM20..


Friday, October 16, 2009
~::Dinner at Island Red Cafe::~
last nite i had a dinner at IRC, Gurney Hotel with my sweet fwens; aida n muha. thanks to aida n muha. luv u all.. to mr ajib, thanks coz gave permission to muha to use ur car n bw aida n me jalan2. if u read diz citer, please correct my grammar. hahahaha ;p
we all nek kete together2 menuju ke Gurney. coz, de org yg baik hati sudi men'sponsor' dinner kami. thanks to aida n her parents. pusing pnya pusing x gak jmp IRC. mmg la kt Gurney Hotel. tp, celah mn dia nyorok pon kami tatau. sian muha, jenuh memusingkn stereng. aku lak kt blkg dah hampir terlena. then, bile kami dh transformed jd lalat bru jmp. wahhhhhhhhh.. letihnye mncri. ceh, cm aku lak yg drive. hehhehe..
aida pon menyelesaikn segala masalah yg melanda tika tiba di IRC (renewal card n check balance). waiter dtg mek order. aku, aida n muha memilih menu yg brkenan d hati.



after kekeyangan, mkn kami pon pulang. Alhamdulillah..rezeki dr Allah.ni je la yg sempat diceritakn..wasalam ;)
Tuesday, October 13, 2009
~::1st meeting with our client n supervisor::~
just now we (me n aida) had a meeting wif our client n supervisor to discuss about our fyp project which is i-Personal Financial Organizer. actually, my client is a master student at my school. i was shocked at dat tyme. why her? wat she can do for us? yelah..biasenye client kite is our supervisor. yg memerlukn new system which is can make their work become easy. xpon, org luar yg request to get ours.. contoh cm CEDEC ke.. jbtn len yg de kt USM ni ke..wateva..
we tried tu understand what she want. de big scope to focus here is "SECURITY". time tu dah rs ssah. our client x tau lgsung psal coding, db, etc. so, dia serahkn bulat2 to us. dan kami dgn rela hatinye memilih tuk guna php as programing languange n mysql as database yg mmg kami berdua amat familiar.
Wednesday, October 7, 2009
~::Result fyp bidding::~
result fyp bidding dah kuar. Alhamdulillah..i got what i want. hopefully, this project is the best for me n aida.
kalo korg nk tau, ktorg dpt i-Personal Financial Organiser. 1st choice kitorg dolu. hehehe.. so, skrg aku nk korg sm2 ikuti kisah pengembaraan kami dlm menyiapkn fyp ni. sesuke je nk paksa org bc..huhuhu
kpd sesape yg bc psal entry FYP ni, please give respond n feedback. by doing diz, we can share our idea to develop the best system not only for me but also for others. x salah rsnye kalo kite brkongsi ilmu. dpat jgak kite tmbh pahala. InsyaAllah~ ;)
Monday, September 28, 2009
~::Final Year Project a.k.a fyp::~
justnow i had fyp briefing. i already bid 6 project:
- i-Personal Financial Organiser
- Industrial Training Management System
- Attendance System Based On RFID
- Predicting Football Results
- Human Performance Evaluation System Phase 2
- Intelligent Dietician Planning and Menu Construction System for Cancer Patients
Saturday, September 19, 2009
~::Lagu raya pilihan 2009::~
Anuar Zain & Elliana
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
Bertukar senyuman dan salam ziarah-menziarahi
Tutur dan kata yang sopan saling memaafi
Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa
Kuih dan muih beranika macam
Makanlah jangan hanya di pandang
Ketupat rendang sila nikmati kawan
Penat memasak malam ke pagi
Wajik dan dodol jangan lupakan
Peninggalan nenek zaman berzaman
Asyik bersembang pakcik dan makcik
Hai duit raya lupa nak di beri
Berlalulah sudah ramadan sebulan berpuasa
Tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira
Anak muda di rantauan semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan bersyukur tak terkira
~::29 Ramadhan 1430::~
hr ni merupakan hr trakhir umat islam di Msia (di negara lain aku x pasti mungkin same, mungkin awl sehari atau lewat sehari) menunaikn ibadah puasa dan esok 1 syawal bkl menjelang. mmm..utk ramadhan kali ni..aku sgt kecewa dan sedih kerana x dpat membuat byk amln. sepatutnye ni bulan Ramadhan ni la kite nk tingkatkn amaln utk mndapat ganjaran yg lumayan. tp, dek kerana trlalu sibuk, aku lupa tuk kumpulankn byk pahala. aku risau sgt. adakah aku sempat brtemu dgn Ramadhan thun depan ;( mmm..kenapa aku trlalu lalai dan leka? Ya Allah..Kau berilah aku kesempatan utk brtemu dgn Ramadhan akn dtg.
tgah hr ni aku akn pulang ke kg. hopefully, prjalann kami sekeluarga selamat. Ya Allah..Kau selamatknlah perjalann kami sekeluarga dan perjalann org lain ke destinasi msg2..ameen~
dikesempatan ini ku mohon kemaafan di ats segala kesalahan kepada sume, sama ada yg mengenali dan tidak diri ini..SELAMAT HARI RAYA~
Sunday, September 13, 2009
~::Melawan Kesepian::~
actually, this is a theme song utk drama wadi unung..
Apa pun yang terjadi
Nanti kita kan tahu
Semoga kepergianmu
Apa pun yang terjadi
*pandai2 la korg ulang ye ;p
Melawan Kesepian - Siti Nurhaliza
::Wadi Unung::
aku nk share ngan korg cite drama yg aku ske. best tau korg try ar tngk. heheheh..
ni serba sket jln cerita drama wadi unung. dipeyik khas dr astro page. lalalalal~
WADI UNUNG - tidak seindah musim bunga, tidak sedingin air di kali, tapi, di sini, ada ketenangan, ada jiwa yang merasai setiap perasaan yang terluah antara kedua gadis ini, Azrin dan Fathihah.Ia cuma sebuah teratak yang dibina oleh mereka berdua. Namun yang istimewanya, ia menjadi segala punca pada sebuah kehidupan. Di sini juga lah, mereka mengotakan janji untuk terus susah dan senang bersama.
Namun sampai bilakah mereka akan terus bersama kerana masa depan terus menghambat dan menuntut kepada perpisahan.
Azrin terlalu kecewa bila mendengar berita pemergian Fathihah ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Fathihah tidak ada pilihan lain selain mengikut apa yang dihajati orang tuanya. Azrin tidak bertemu Fathihah saat Fathihah berangkat ke Australia kerana perselisihan faham yang berlaku di antara mereka. Namun dalam diam, Azrin mendoakan kejayaan Fathihah.
Pemergian Fathihah telah membuatkan hari-hari Azrin dirasakan terlalu sunyi, namun dalam tempoh lima tahun kesunyian terubat bila ada saja surat,e-mail ,gambar dan apa saja bentuk komunikasi yang menghubungkan mereka berdua diterima oleh Azrin. Dan sesekali kepulangan Fathihah tentunya dinanti dengan penuh debaran. Dia terlalu merindui sahabatnya.
Pada suatu ketika Fathihah menyatakan bahawa dia akan bernikah dengan Karl Vincent, pemuda bukan Islam yang dicintainya. Keputusan Fathihah ini ditentang keras oleh kedua ibubapanya. Mereka mahu Fathihah mencari pasangan hidup dari latar belakang agama dan budaya yang sama..
Saturday, August 22, 2009
~::Sinar Ramadhan::~
Album : Nur Syawal
Munsyid : Hijjaz
sinar ramadhan menyeri lagi
bersyukur di ramadhan yang mulia
~::Ahlan Ya Ramadhan::~
rsnye x trlmbt tuk ucap selamat pd anda sume. hehehe..al-maklum lah kebizian melanda sejak akhir2 ni. ok nk wish selamat menjalani ibadah puasa. sama2lah kite tingkatkn amalan dibulan yg mulia ini. mudah2an amalan kita diterima Allah. InsyaAllah..
Tuesday, August 18, 2009
~::Congratz to my fwens::~
td aku sempat belek gmbr2 konvo member aku kt facebook. Convo UTM '09.. Alhamdulillah..akhirnye penantian yg mereka tggu selama ini berakhir juga. gembira sungguh rs hati ini. to awien n zain, congratz for ur convo. hopefully after diz both of u get a good job. bestnyeeeee.. bile la aku nk merasa kegembiraan ni? huhuhuhuhu..
Ya Allah..
Kau berilah aku kejayaan di dunia & akhirat..
Kau permudahknlah jln kehidupanku..
Kau permudahkanlah segala urusanku..
Amin~
x sabar rsnye nk konvo bile melihat kejayaan diorg. hopefully, aku pon leh jd cm diorg tu ;)
Monday, July 27, 2009
~::The School Of Computer Sciences Students Won The Imagine Cup In Egypt::~
hr ni aku nk habaq mai kt hangpa suma pasai kejayaan students school of computer science, universiti sains malaysia yg memenangi imagine cup 2009 baru2 ini.
PULAU PINANG, 13 Julai (Bernama) -- Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah apabila tujuh penuntutnya berjaya merangkul tempat pertama dan ketiga dalam Pertandingan The Worldwide Imagine Cup 2009 di Mesir baru-baru ini.
Pemangku Naib Canselornya, Profesor Omar Osman berkata kejayaan penuntut daripada Pusat Pengajian Sains Komputer itu akan menyemarakkan lagi semangat pelajar lain untuk berjaya dan mengharumkan nama universiti serta negara.
Katanya pada pertandingan anjuran syarikat gergasi perisian komputer Microsoft Corporation itu, dua kumpulan dari USM iaitu Cosmic yang dianggotai Jasy Liew Suet Yan, Ooi Keng Siang, Matthew Phiong Yoon Kheong dan Loo Wan Koe memenangi tempat pertama.
"Pasukan Cosmic yang dibantu pensyarah Dr Cheah Yu-N menang tempat pertama dan membawa pulang wang tunai berjumlah AS$10,000," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin ini.
Beliau berkata Cosmic mengetengahkan rekaan mengenai sistem pemantauan kesihatan yang dikenali sebagai "Virtual Health Connect" yang mampu menyampaikan pelbagai maklumat berhubung status kesihatan seseorang sejak dilahirkan sehingga ke peringkat dewasa.
"Sementara pasukan Capricorn yang dianggotai Lim Kian Long, Marilyn Chien Hui dan Steven Lim Jun Liang yang dibantu pensyarah Mohd Azam Osman dan Maziani Sabudin pula memenangi tempat ketiga serta membawa pulang wang tunai AS$1,000," katanya.
Omar berkata, Capricorn mempertandingkan teknologi perisian ciptaan mereka "GreenEve2Peace" yang berfungsi sebagai sistem amaran dan penyampaian maklumat antaranya mengenai cuaca, masalah serangga, sukatan racun serangga dan makhluk perosak menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) kepada penanam padi di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda.
Sementara itu Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer, Profesor Rosni Abdullah berkata peserta dipilih berdasarkan projek yang dihasilkan iaitu dengan mengambil kira kemampuan memberi impak besar dalam menyelesaikan masalah dunia dan membantu masyarakat.
"Imagine Cup memerlukan pesertanya membangunkan perisian mengikut tema pada tahun ini, "Bayangkan Dunia Di mana Teknologi Membantu Menyelesaikan Masalah Paling Sukar Dunia", katanya sambil menambah bahawa sebanyak 144 pasukan dari 70 negara di seluruh dunia menyertai pertandingan itu.
Katanya kedua-dua kumpulan penuntut tersebut dipilih mewakili Malaysia setelah dinobatkan sebagai johan dan naib johan bagi Pertandingan Imagine Cup di peringkat kebangsaan pada 18 Mei lalu di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
setelah beberapa thun USM mewakili Malaysia dlm imagine cup, akhirnya mereka memenangi competition ini di peringkat akhir. wahhhhhhhhhhh..hebat2. teruskn usahamu wahai kawan2 ku di USM..actually, juz nk gtau je yg diorg ni ex-classmate aku. bangga gak la aku. hehehe..
Sunday, July 26, 2009
~::Duhai Hawa Sanggupkah Anda Bermadu?::~
Kenapa wanita enggan berpoligami?
Ramai dan kebanyakan isteri paling fobia dengan istilah ‘madu’, mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk meminta pertolongan bomoh dan melakukan perbuatan khurafat asalkan diri tidak di dua tiga atau empatkan (dimadukan). Sesungguhnya, ‘mengharamkan’ dan membenci apa yang dihalalkan oleh agama secara tidak lansung bermakna kita mengingkari suruhan agama. Ini boleh mengundang dosa. Mungkin ramai yang tidak menyedarinya dan mungkin juga ada yang sedar, tapi berpura-pura tidak tahu, malahan memberi pelbagai alasan dan masih lagi ingin menolak sekeras-kerasnya poligami.
Kenapa para isteri menolak poligami?
Antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu. Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan. Siapa yang sanggup terjun ke lombong cemuhan dan fitnah?, mungkin ada tapi tak ramai yang sanggup menahan telinga mendengar cemuhan dan kutukan dari masyarakat.
Faktor media dan pengalaman dari mereka yang pernah bermadu, sering menggambarkan hidup yang penuh dengan derita, sengsara dan tunggang langgang setelah bermadu menjadi antara faktor mereka enggan bermadu. Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti pincanglah sesuatu institusi. Ada suami mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri pertama setelah ada pengganti yang baru, lebih menyedihkan, isteri pertama di aniaya dan anak-anak menjadi mangsa.
Lelaki sering menjadikan 'Sunnah Nabi' sebagai alasan untuk berpoligami namun malangnya suruhan serta tuntutan Nabi dan agama yang lain-lainnya ditolak tepi dan diabaikan. Sudahnya, meranalah seluruh isi keluarga. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sebaliknya derita yang diperolehi. Dan mungkin juga, ada satu pihak menangis demi membahagiakan pihak yang lain. Isteri juga enggan bermadu kerana ada di antara mereka terlupa bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini adalah semuanya pinjaman dari Dia yang Esa. Mereka yakin dan percaya, suami adalah hak milik isteri. Apaila ini terjadi, mereka takut kehilangan hak milik mereka apatah lagi berkongsi hak milik dengan wanita lain.
Emosi yang sembilan gagal dikawal akal yang satu, lalu sering terjadi, mereka lebih rela diceraikan daripada dimadukan. Kedua-duanya halal, tapi satu dibenci dalam Islam dan satu lagi dituntut jika kena caranya. Namun masih ramai yang tidak menerima secara positif. Syaitan sudah bersumpah untuk membawa anak cucu adam bersama mereka ke neraka kelak, maka syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan dan memberi perkhabaran palsu kepada manusia.
Syaitan sering membisikkan perkara-perkara yang negatif ke dalam diri manusia maka siapa yang tidak kuat imannya sering tergoda dan terpengaruh. Malah percaya dengan bisikan syaitan lalu takut dan ragu-ragu untuk berbuat kebaikan dan ketaatan kepada Allah malahan bersenang hati untuk melakukan kejahatan yang bertentangan dengan tuntutan Agama. Selain itu, manusia sering dihidapi penyakit rohani atau penyakit hati yang sukar di lihat apatah lagi untuk di ubati.
Antara penyakit hati yang paling merbahaya adalah ‘keras hati’. Dimana mereka tidak takut atau gerun bila melakukan kejahatan dan tidak pula berasa seronok bila melakukan ketaatan kepada Allah. Penyakit hati yang lain pula antaranya adalah tamak, dengki, cemburu, iri hati. Dan adakalanya, apabila penyakit ini kian parah, mereka sanggup menganiaya manusia lain pula. Maka, kerana adanya penyakit hati ini, tak ramai antara kita yang sanggup mengambil risiko bermadu atau dimadukan.
Kesimpulannya:
Demikianlah antara faktor kenapa kebanyakan wanita enggan berpoligami. Seandainya, punca-punca itu dapat di kikis atau dibuang, nescaya, para isteri tidak lagi gentar dengan istilah bermadu. Jika semuanya baik lelaki atau wanita sedar hakikat sebenar sebuah pernikahan, insyaAllah, walau apa jua ujian dan dugaan mendatang, sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti tetap akan berdiri kukuh.
Pernikahan adalah ibarat sebuah bahtera yang berlayar dilautan luas. Suami adalah nakhoda dan isteri (isteri-isteri) adalah pembantu. Jika nakhoda itu bijak mengemudi kapal, bistari mengawal anak-anak kapal, berfikir sebelum membuat sebarang keputusan, tahu arah yang ingin dituju tanpa was-was, InsyaAllah kapal tidak akan sesat dan selamat sampai ke destinasi yang ingin di tuju.
Namun, harus diingatkan juga, tanpa bantuan dan persefahaman dari pembantu kapal, bahtera itu mungkin berada statik tiada kemajuan atau lebih teruk dari itu, bahtera itu mungkin akan karam. Hancur dan musnah. Dalam pernikahan, mesti ada tolak ansur, perlu ada give and take. Baik isteri mahupun suami haruslah saling menghormati dan saling menghargai. Harus ada yang mendengar bila satu pihak bercerita dan begitu pula sebaliknya.
Perhubungan dua hala adalah penting. Komunikasi antara suami isteri serta anak-anak perlu dijaga, agar jika ada sebarang masalah yang timbul, dapat dibincangkan dan diselesaikan dengan baik. Lebih penting dari itu, niat bernikah juga kena betul. Jangan diselewengkan. Jika niat ikhlas kerana Allah dan agama, insyaAllah walau apa jua dugaan mendatang, tiada apa yang mampu menggoyahnya. Tidak kira suami bernikah satu atau empat, jika asas agama adalah kukuh, kebahagiaan dalam berumah tangga sedikit pun tidak akan goyah.
Hidup di dunia sementara, kehidupan di akhirat itu kekal abadi. Jadi, harus disematkan dalam diri dan jiwa, cita-cita yang paling utama adalah bahagia di syurga kerana itulah yang paling abadi. Kita manusia hanya merancang, namun Allah jualah yang Maha Mengetahui. Dalam apa jua tindakan atau keputusan yang diambil, mohonlah petunjuk dari Ilahi. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.
Madu jangan terus ditelan, hempedu jangan terus dibuang, kerana di sebalik manis dan pahit itu, mungkin ada racun atau penawar yang tersembunyi.

Artikel asal: karya Hasniza Ibrahim@Asniza di www.semut2comel.blogspot.com
Sunday, July 19, 2009
~::Menziarahi Rumah Baru::~
pe khabar sume? lm dah x tny khabar korg. hopefully sume sihat. pg td kami sekeluarga menziarahi umah baru yg akan diduduki tdak lm lg. ayah n mak wt spot check keadaan umah tu. overall ok la. wpun byk yg x ok. huhuhu.. ni antara piccas yg sempat di ambil.
ni pandangan hdpan umah..
ni tman dlm umah..kalo de duit lebih sket ayah aku nk wt kolam ikan kt sni..bleh dok mancing hr2..hahahah
atap ats ni trbuka..actually nk bg pengudaraan kt tmn dlm umah..ayah aku nk tutup atap ni..coz,air ujan yg msuk akn menyebabkn dinding rosak..
ni pemandangan taman dr tingkat atas..
ni hall tingkat atas..sebelah kanan menuju ke master bedroom(bilik mak n ayah aku)..sebelah kiri plak bilik aku n my sis
tadaaaaaa..haa..ni la keadaan bilik aku..separuh siap..bilik ni memanjang..muat ke nk ltak harta karun aku yg berlambak tu??hhuhuhu..
Friday, July 17, 2009
~::Majlis Sambutan Hr Jadi::~
pg ni ade majlis sambutan hr jd kt opis aku. best giler..pelbagai juadah disediakan. group aku bwk kuih muih n bubur pulut hitam(special from en. zul..TQ). group len bwk len la. korg ni pon. pe laa.. antara hidangan yg disediakan ialah ns lemak, mee goreng, roti jala, pulut kuning (my favorite), fruit salad, murtabak, makaroni goreng, dll..
aturcara majlis berjalan lancar. dimulakan dgn doa yg dibckn oleh en. diiringi ucapan dr H.O.D Service Management (Pn. Noraida) mewakili sume H.O.D IT Dept dan disusuli ucapan dr en. Bassaharil as Vice President of IT Dept.
dah mcm laporan berita la plak. huhuhu.. mmg best and enjoy. dgn acara sebegini kita dpt mengenali staff yg len n mengeratkn ikatan silaturrahim. even x sume org kt IT dept ni yg aku kenal but all of them are very friendly.
Thanks all..
Saturday, July 11, 2009
~::Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan::~
Begitulah juga..
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada..
Begitulah juga..
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi..
Begitulah juga..
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN..
Sunday, June 28, 2009
~::Lafaz Yang Tersimpan::~
Album : Tika Itu
Luluh hatiku yang sayu
Saturday, June 27, 2009
~::Ekspo Mega Beli Barangan Malaysia::~
ni kete antik..aku x sure la buatan masia ke x..coz, ekspo ni tuk brg buatan msia..huhuhuh
ni antara enjin2 camp pro..aku pon x tau tuk kete proton yg mn 1..
yg ni autoCAD if x silap..this is someone punye demo..hehehehe
coklat dr langkawi..
ni ready made food..makanan sejuk beku kot..
then, kitorg kuar around 5.30pm. then, sesuatu yg plg di benci oleh pemilik2 kete berlaku kt kwsn tu. kete ayah aku kene saman. coz, parking kt pedestrian road. huhuhuhu.. nk lari dr rm7 dah kena rm100. mmm.. k la..dah ngantuk ni. wasalam..























