Monday, July 27, 2009

~::The School Of Computer Sciences Students Won The Imagine Cup In Egypt::~

salam

hr ni aku nk habaq mai kt hangpa suma pasai kejayaan students school of computer science, universiti sains malaysia yg memenangi imagine cup 2009 baru2 ini.

PULAU PINANG, 13 Julai (Bernama) -- Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah apabila tujuh penuntutnya berjaya merangkul tempat pertama dan ketiga dalam Pertandingan The Worldwide Imagine Cup 2009 di Mesir baru-baru ini.

Pemangku Naib Canselornya, Profesor Omar Osman berkata kejayaan penuntut daripada Pusat Pengajian Sains Komputer itu akan menyemarakkan lagi semangat pelajar lain untuk berjaya dan mengharumkan nama universiti serta negara.

Katanya pada pertandingan anjuran syarikat gergasi perisian komputer Microsoft Corporation itu, dua kumpulan dari USM iaitu Cosmic yang dianggotai Jasy Liew Suet Yan, Ooi Keng Siang, Matthew Phiong Yoon Kheong dan Loo Wan Koe memenangi tempat pertama.

"Pasukan Cosmic yang dibantu pensyarah Dr Cheah Yu-N menang tempat pertama dan membawa pulang wang tunai berjumlah AS$10,000," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin ini.

Beliau berkata Cosmic mengetengahkan rekaan mengenai sistem pemantauan kesihatan yang dikenali sebagai "Virtual Health Connect" yang mampu menyampaikan pelbagai maklumat berhubung status kesihatan seseorang sejak dilahirkan sehingga ke peringkat dewasa.

"Sementara pasukan Capricorn yang dianggotai Lim Kian Long, Marilyn Chien Hui dan Steven Lim Jun Liang yang dibantu pensyarah Mohd Azam Osman dan Maziani Sabudin pula memenangi tempat ketiga serta membawa pulang wang tunai AS$1,000," katanya.

Omar berkata, Capricorn mempertandingkan teknologi perisian ciptaan mereka "GreenEve2Peace" yang berfungsi sebagai sistem amaran dan penyampaian maklumat antaranya mengenai cuaca, masalah serangga, sukatan racun serangga dan makhluk perosak menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) kepada penanam padi di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda.

Sementara itu Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer, Profesor Rosni Abdullah berkata peserta dipilih berdasarkan projek yang dihasilkan iaitu dengan mengambil kira kemampuan memberi impak besar dalam menyelesaikan masalah dunia dan membantu masyarakat.

"Imagine Cup memerlukan pesertanya membangunkan perisian mengikut tema pada tahun ini, "Bayangkan Dunia Di mana Teknologi Membantu Menyelesaikan Masalah Paling Sukar Dunia", katanya sambil menambah bahawa sebanyak 144 pasukan dari 70 negara di seluruh dunia menyertai pertandingan itu.

Katanya kedua-dua kumpulan penuntut tersebut dipilih mewakili Malaysia setelah dinobatkan sebagai johan dan naib johan bagi Pertandingan Imagine Cup di peringkat kebangsaan pada 18 Mei lalu di Kuala Lumpur.

-- BERNAMA

setelah beberapa thun USM mewakili Malaysia dlm imagine cup, akhirnya mereka memenangi competition ini di peringkat akhir. wahhhhhhhhhhh..hebat2. teruskn usahamu wahai kawan2 ku di USM..actually, juz nk gtau je yg diorg ni ex-classmate aku. bangga gak la aku. hehehe..

Sunday, July 26, 2009

~::Duhai Hawa Sanggupkah Anda Bermadu?::~


Kenapa wanita enggan berpoligami?

Ramai dan kebanyakan isteri paling fobia dengan istilah ‘madu’, mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk meminta pertolongan bomoh dan melakukan perbuatan khurafat asalkan diri tidak di dua tiga atau empatkan (dimadukan). Sesungguhnya, ‘mengharamkan’ dan membenci apa yang dihalalkan oleh agama secara tidak lansung bermakna kita mengingkari suruhan agama. Ini boleh mengundang dosa. Mungkin ramai yang tidak menyedarinya dan mungkin juga ada yang sedar, tapi berpura-pura tidak tahu, malahan memberi pelbagai alasan dan masih lagi ingin menolak sekeras-kerasnya poligami.

Kenapa para isteri menolak poligami?

Antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif apabila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong apabila wanita dimadukan atau bermadu. Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan. Siapa yang sanggup terjun ke lombong cemuhan dan fitnah?, mungkin ada tapi tak ramai yang sanggup menahan telinga mendengar cemuhan dan kutukan dari masyarakat.

Faktor media dan pengalaman dari mereka yang pernah bermadu, sering menggambarkan hidup yang penuh dengan derita, sengsara dan tunggang langgang setelah bermadu menjadi antara faktor mereka enggan bermadu. Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti pincanglah sesuatu institusi. Ada suami mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri pertama setelah ada pengganti yang baru, lebih menyedihkan, isteri pertama di aniaya dan anak-anak menjadi mangsa.

Lelaki sering menjadikan 'Sunnah Nabi' sebagai alasan untuk berpoligami namun malangnya suruhan serta tuntutan Nabi dan agama yang lain-lainnya ditolak tepi dan diabaikan. Sudahnya, meranalah seluruh isi keluarga. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sebaliknya derita yang diperolehi. Dan mungkin juga, ada satu pihak menangis demi membahagiakan pihak yang lain. Isteri juga enggan bermadu kerana ada di antara mereka terlupa bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini adalah semuanya pinjaman dari Dia yang Esa. Mereka yakin dan percaya, suami adalah hak milik isteri. Apaila ini terjadi, mereka takut kehilangan hak milik mereka apatah lagi berkongsi hak milik dengan wanita lain.

Emosi yang sembilan gagal dikawal akal yang satu, lalu sering terjadi, mereka lebih rela diceraikan daripada dimadukan. Kedua-duanya halal, tapi satu dibenci dalam Islam dan satu lagi dituntut jika kena caranya. Namun masih ramai yang tidak menerima secara positif. Syaitan sudah bersumpah untuk membawa anak cucu adam bersama mereka ke neraka kelak, maka syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan dan memberi perkhabaran palsu kepada manusia.

Syaitan sering membisikkan perkara-perkara yang negatif ke dalam diri manusia maka siapa yang tidak kuat imannya sering tergoda dan terpengaruh. Malah percaya dengan bisikan syaitan lalu takut dan ragu-ragu untuk berbuat kebaikan dan ketaatan kepada Allah malahan bersenang hati untuk melakukan kejahatan yang bertentangan dengan tuntutan Agama. Selain itu, manusia sering dihidapi penyakit rohani atau penyakit hati yang sukar di lihat apatah lagi untuk di ubati.

Antara penyakit hati yang paling merbahaya adalah ‘keras hati’. Dimana mereka tidak takut atau gerun bila melakukan kejahatan dan tidak pula berasa seronok bila melakukan ketaatan kepada Allah. Penyakit hati yang lain pula antaranya adalah tamak, dengki, cemburu, iri hati. Dan adakalanya, apabila penyakit ini kian parah, mereka sanggup menganiaya manusia lain pula. Maka, kerana adanya penyakit hati ini, tak ramai antara kita yang sanggup mengambil risiko bermadu atau dimadukan.

Kesimpulannya:

Demikianlah antara faktor kenapa kebanyakan wanita enggan berpoligami. Seandainya, punca-punca itu dapat di kikis atau dibuang, nescaya, para isteri tidak lagi gentar dengan istilah bermadu. Jika semuanya baik lelaki atau wanita sedar hakikat sebenar sebuah pernikahan, insyaAllah, walau apa jua ujian dan dugaan mendatang, sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti tetap akan berdiri kukuh.


Pernikahan adalah ibarat sebuah bahtera yang berlayar dilautan luas. Suami adalah nakhoda dan isteri (isteri-isteri) adalah pembantu. Jika nakhoda itu bijak mengemudi kapal, bistari mengawal anak-anak kapal, berfikir sebelum membuat sebarang keputusan, tahu arah yang ingin dituju tanpa was-was, InsyaAllah kapal tidak akan sesat dan selamat sampai ke destinasi yang ingin di tuju.


Namun, harus diingatkan juga, tanpa bantuan dan persefahaman dari pembantu kapal, bahtera itu mungkin berada statik tiada kemajuan atau lebih teruk dari itu, bahtera itu mungkin akan karam. Hancur dan musnah. Dalam pernikahan, mesti ada tolak ansur, perlu ada give and take. Baik isteri mahupun suami haruslah saling menghormati dan saling menghargai. Harus ada yang mendengar bila satu pihak bercerita dan begitu pula sebaliknya.


Perhubungan dua hala adalah penting. Komunikasi antara suami isteri serta anak-anak perlu dijaga, agar jika ada sebarang masalah yang timbul, dapat dibincangkan dan diselesaikan dengan baik. Lebih penting dari itu, niat bernikah juga kena betul. Jangan diselewengkan. Jika niat ikhlas kerana Allah dan agama, insyaAllah walau apa jua dugaan mendatang, tiada apa yang mampu menggoyahnya. Tidak kira suami bernikah satu atau empat, jika asas agama adalah kukuh, kebahagiaan dalam berumah tangga sedikit pun tidak akan goyah.


Hidup di dunia sementara, kehidupan di akhirat itu kekal abadi. Jadi, harus disematkan dalam diri dan jiwa, cita-cita yang paling utama adalah bahagia di syurga kerana itulah yang paling abadi. Kita manusia hanya merancang, namun Allah jualah yang Maha Mengetahui. Dalam apa jua tindakan atau keputusan yang diambil, mohonlah petunjuk dari Ilahi. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.


Madu jangan terus ditelan, hempedu jangan terus dibuang, kerana di sebalik manis dan pahit itu, mungkin ada racun atau penawar yang tersembunyi.





Artikel asal: karya Hasniza Ibrahim@Asniza di www.semut2comel.blogspot.com

Sunday, July 19, 2009

~::Menziarahi Rumah Baru::~

salam..


pe khabar sume? lm dah x tny khabar korg. hopefully sume sihat. pg td kami sekeluarga menziarahi umah baru yg akan diduduki tdak lm lg. ayah n mak wt spot check keadaan umah tu. overall ok la. wpun byk yg x ok. huhuhu.. ni antara piccas yg sempat di ambil.


ni pandangan hdpan umah..

ni tman dlm umah..kalo de duit lebih sket ayah aku nk wt kolam ikan kt sni..bleh dok mancing hr2..hahahah

atap ats ni trbuka..actually nk bg pengudaraan kt tmn dlm umah..ayah aku nk tutup atap ni..coz,air ujan yg msuk akn menyebabkn dinding rosak..

ni pemandangan taman dr tingkat atas..

ni hall tingkat atas..sebelah kanan menuju ke master bedroom(bilik mak n ayah aku)..sebelah kiri plak bilik aku n my sis

tadaaaaaa..haa..ni la keadaan bilik aku..separuh siap..bilik ni memanjang..muat ke nk ltak harta karun aku yg berlambak tu??hhuhuhu..

gmbr len x mek. coz, malasss. huhuhu.. k la..nnt kalo dah siap sepenuhnye aku gtau ye. nk solat maghraib dlu. wasalam..


Friday, July 17, 2009

~::Majlis Sambutan Hr Jadi::~

salam..

pg ni ade majlis sambutan hr jd kt opis aku. best giler..pelbagai juadah disediakan. group aku bwk kuih muih n bubur pulut hitam(special from en. zul..TQ). group len bwk len la. korg ni pon. pe laa.. antara hidangan yg disediakan ialah ns lemak, mee goreng, roti jala, pulut kuning (my favorite), fruit salad, murtabak, makaroni goreng, dll..

aturcara majlis berjalan lancar. dimulakan dgn doa yg dibckn oleh en. diiringi ucapan dr H.O.D Service Management (Pn. Noraida) mewakili sume H.O.D IT Dept dan disusuli ucapan dr en. Bassaharil as Vice President of IT Dept.

dah mcm laporan berita la plak. huhuhu.. mmg best and enjoy. dgn acara sebegini kita dpt mengenali staff yg len n mengeratkn ikatan silaturrahim. even x sume org kt IT dept ni yg aku kenal but all of them are very friendly.

Thanks all..

Saturday, July 11, 2009

~::Jangan Terlalu Mencari Kesempurnaan::~

Jika kamu memancing ikan..
Setelah ikan itu terlekat di mata kail..
Hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja..
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya..
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup..

Begitulah juga..
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang..
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu..
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya..
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja..
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu..
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu..

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada..
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh..
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja..
Kerana apabila ia mulai RETAK..
Tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula..
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja..

Begitulah juga..
Jika kamu sedang memiliki seseorang..
TERIMALAH dia seadanya..
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa..
Anggaplah dia manusia biasa..
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN..
Tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA..
Dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat..
Dan bukannya MENGHUKUMNYA..
Dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja..
Kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya..
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja..

Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi..
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu..
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT..
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba mencari makanan yang lain..
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN..
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri
Dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi..
Kamu akan MENYESAL..

Begitulah juga..
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN..
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKKAN kepada dirimu..
MENYAYANGIMU..MENGASIHIMU..dan MENCINTAIMU..
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN..
Kelak, dia akan BERJAUH HATI..
Dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi..

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN..
Kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna..
Sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang..
Dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI..
Kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA..itu lebih BERMAKNA..

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah kan tumbuh yang hilang kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

~::LinkWithin::~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...