Friday, December 31, 2010

~::Selamat Tinggal 2010::~

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته


Hari brganti hari, minggu brganti minggu, dan bulan brganti bulan, akhirnya sampai jua kita di pengakhiran tahun 2010. pejam celik pejam celik, dah 2 tahun blog ini wujud. Dah 3 tahun saya blaja di USM. Dah 2 tahun kenangan itu brlalu. Kenangan pe ek??hahahah..”biarlah rahsia” lenggang lengguk ct nolija nyanyi. ;P

Suka duka dan pahit manis kehidupan ditelan sebagai penguat semangat. Bukan mudah sebenarnya utk menjadi seorg insan. Saya bukanlah mengeluh ataupun merungut. Tp, itulah kenyataannya. Jika hidup brlandaskn syariat, InsyaAllah tidak susah untuk kita mnjd seorg insan. Saya hanya manusia biasa. Manusia dan insan adlh berbeza.


Kronologi Perjalanan 2010...


Januari ‘10

Saya masih lg seorg pelajar universiti. Menyambung pengajian utk semester trakhir mungkin. Tp, sy tidak mempunyai keyakinan yg tggi tuk menghabiskn pengajian pd tahun ini. Wpun mndpt sokongan dr timbalan dekan pusat pengajian. Kate2 seorg sahabat membuatkn sy mengambil keputusan utk extend 1 sem. “biar kita lmbt habis, aslkn pointer kita bagus utk brgelar seorg mahasiswa yg brjaya”. Ketika memohon cuti dengan kebenaran, saya diberikan kaunseling oleh pensyarah, timbalan dekan dan kaunselor universiti sebelum cuti diluluskan oleh pihak universiti. Mereka tidak menggalakan saya menambah semester pengajian.


Febuari ‘10

Saya terus berusaha utk berjaya. Wpun semester ini bukanlah yg trakhir bg saya, tetapi cabarannya sama hebat dgn Final year student yg len. Sy juga membuat final year project dan mengambil 5 subjek lain. Ditambah pula, apabila client saya menyertai pertandingan Business Plan MSC. Mahu atau pon tidak, sy harus menyiapkn system yg diminta sebelum hr pertandinagn. mmg sgt mencabar bg pljr yg lemah spt sy. Keluarga dan sahabat2 tidak jemu2 memberi sokongan. Alhamdulillah, buat pertama kalinya sy menyertai competition di USM, joint-venture with my client, telah mendapat hadiah saguhati. My client said, “It is higher than merit”. Berbaloi rsnya setiap saat dan kepenatan yg dikorbankan. Penghargaan yg diberikan, pengalaman yg dikutip sepanjang tempoh menyertai pertandingan trsebut cukup utk menaikkan sedikit tahap keyakinan diri.


March ‘10

Kekangan waktu memberikn tekanan kpd semua final yr student CS usm. Sibuk dgn assignment, project, fyp documentation, presentation, test dan sebgainya. Memang menguji tahap kesabaran. Wpun ramai yg mengatakn sy seorg yg penyabar, adakalanya kemarahan itu tidak dpt dikawal. Tersentap jgak la. Dr seorg yg mngalami tekanan darah rendah, kini tekanan darah mnjd normal. saya tidak mampu memarahi seseorg itu kerana kesilapannya. Saya hanya brdiam diri dan merungut di dalam hati. segala perasaan dihati, hanya Allah sahaja yg mengetahuinya.


April ‘10

Saat genting utk semua plajar tahun akhir CS usm. Dlm tempoh inilah kita kenal siapa kawan dan siapa lawan. Dpat dilihat siapa diri kite yg sebenarnya. Alhamdulillah, sekali lg Allah mmberi kemudahan pd saya. Presentation fyp yg sepatutnya dibuat dlm bulan ini ditangguhkn ke bulan seterusnya iaitu selepas peperiksaan akhir semester. Skrg adlh masa utk saya beri perhatian sepenuhnya membuat preparation for final exam.


May ‘10

Tibalah hr yg dinnt2 utk membentang hasil usaha saya n my teammate selama 5 bulan dlm menyiapkn final year project. Pe yg dipelajari selama brgelar undergraduate student perlu diadaptasi. Segala kerja akn dinilai satu persatu. Siapa yg buat dan siapa yg berehat dpat dilihat ketika pembentangan. Alhamdulillah, Allah permudahkn segalanya bg sy.


Jun ‘10

Saya mengikuti Program Pentaulihan Profesional (3P). Microsoft . NET menjadi pilihan saya. Kelas hands-on diadakan setiap hari waktu bekerja selama 28 hari termasuk 3 kali peperiksaan. Alhamdulillah, saya lulus utk ketiga2 peperiksaan trsebut dan im certified for Microsoft Certified Professional Developer (MCPD). Result semester 2 09/10 diumumkan. Alhamdulillah, sy lulus semua subjek wpon tidak la sebagus mn.


Julai ‘10

Looking for temporary job utk mencari pengalaman dan duit poket utk semester akan dtg. Pelbagai jawatan sy mohon. Merata tempat saya hadiri interview. Pelbagai soklan saya jwb. Akhirnya, sy mngambil keputusan utk mencari pengalamn baru dinegara org selepas ditawarkn kerja sebagai IT Support Specialist di Youth Olimpic Games 2010. Wpun, berat utk emak dan ayah melepaskn saya ke sana, tapi sy yakinkn mereka, saya boleh. Persiapan dibuat. Tanggal 24 Julai, saya berhijrah ke Singapura. Jarak yg dekat, tidaklah mnggusarkn hati. Kesedihan emak ketika menghantar saya kesana, mmbuatkn sy rs bersalah. Tp, emak faham dan redha dgn hasrat sy. Saya ditempatkn di Nanyang Technological University (NTU). Terletak dipenghujung Singapura. Jauh dr Johor Baharu.


Ogos ‘2010

Ramadhan saya yg pertama dinegara org. Pertama kali bersahur dijalanan amat menyedihkan. Jika saya balik ke rumah sepupu, bekalan utk berbuka dan bersahur disediakn utk saya. Amat terharu. Berkenalan dan berbual bersama rakan2 antarabangsa mmg seronok. Sy tidak begitu kekok menjalani kehidupan disana. Tetapi pepatah Melayu slalunya benar. “Hujan emas dinegeri org, hujan batu dinegeri sendiri. Lebih baik dinegeri sendiri”. Saya kembali ke Kuala Lumpur setelah tamat kontrak, dgn rs syukur kerana semuanya berjalan lancar akhirnya.


September ‘10

Saya menghadiri sesi temuduga bg jawatan F29 (Sambilan) di PTPTN seminggu sebelum berakhirnya Ramadhan. Suatu hari sy dikejutkn dgn berita yg mnyakitkn dan memeritkn. Saya difitnah dan dikutuk oleh sahabat sndiri. Now, they r not my sahabat anymore. Hanya kawan. Mengalir air mata bile membaca blognye. Sakit hati bile trpandang status di FB dan YM. Kate2 kesat yg dilontarkn mmg memalukan seperti merwka manusia yg tidak bertamadun. Ade jgak manusia mcm ni. Ishh3.. Sy trpaksa mendelete mereka dr YM list dan FB.


Oktober ‘10

Kawan2 brtnyakn hal yg sebenar. Saya menceritakn ala kadar. cukup utk mereka mengetahui yg saya tdk brsalah. Alhamdulillah, mereka menyokong sy. Pelbagai kate2 semangat sy terima. Mak saya selalu pesan, “biar org buat kita, jgn kita buat org”. kate2 itu membuatkn sy trus bersabar. Alhamdulillah sekali lg. Saya ditawarkan jwtn F29 (Sambilan).


November ‘10

My Bezday..Yeay!!~ pelbagai hadiah dan ucapan diberikan. Thanks all. May Allah bless us always.


December ‘10

Saya trpaksa melepaskn jawatan penolong pengurus utk menyambung pengajian di USM. Wpun berat rs hati, tp apakn daya. InsyaAllah.. jika ade rezeki saya brkhidmat dgn sektor awam, saya akn mendapat tawaran lain. Bermulalah kembali kehidupan saya sebagai seorg pelajar. Mohon Allah permudahkn segalanya utk saya. Ameen~


Tamatlah sudah ceritera tahun 2010. Ape yg baik diambil sbgai pedoman. Dan yg kurang dijadikan tauladan.


Wasalam.


Wednesday, December 15, 2010

~::Hari 'Asyura::~

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته


Asyura berasal dari kata ‘asyara, artinya bilangan sepuluh. Secara istilah Puasa ‘Asyura adalah puasa yang dikerjakan pada tanggal 10 Muharram pada Kalender Islam Hijriyah.


Dan tidaklah musim haji yang diberkahi itu berlalu, melainkan datang sesudahnya bulan yang mulia, yakni bulan muharam. Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab shahihnya dari Abu Hurairah radiyallahu ‘anhu, Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

{ أفضل الصيام بعد شهر رمضان شهر الله الذي تدعونه المحرم، وأفضل الصلاة بعد الفريضة قيام الليل } رواه مسلم في صحيحه

Puasa yang paling utama setelah puasa bulan ramadhan adalah puasa pada bulan Allah yang kalian sebut bulan muharam, dan sholat yang paling utama setelah shalat fardhu adalah shalat malam. (HR.Muslim).





Tuesday, December 14, 2010

~::Kalau Berpacaran::~

Assalamualaikum..

lagu nasihat buat para remaja. wpon x bp nk betul sgt jika diambil kire isu agama, tp ok je pd pandangan kasar.


Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang

Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa

Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x


Sunday, December 12, 2010

~::Samak::~

Salam.

ni kisah yg trjadi time hang out with my friends yesterday.

kisahnye brmula apabila clif ajk kami msuk ke sebuah kedai sukan dlm mid valley mall tu. actually, saya n salmi x brkenan sgt msuk kdaia sukan ni. tp, sbb clif dah msuk, kitorg pon pandang2 la pe yg de kt situ. memula tngk baju. then, saya ajk salmi tngk kasut sukan. cute sgt tuk kanak2. pastu bralih la plak ke rak seterusnye. clif pon de gak ms kami kt rak kasut tu.

secara x sengaja, salmi telah membelek2 kasut yg de disitu. suddenly, clif tegur, "eh jgan pegang la!!!~" sambil jari menunding ke papan tanda yg diletakkn di sudut atas rak.

"Some shoe is made form PIG skin."


serius kami x perasan. ermmm.. sib bek kedai tu tulis note. saya suh salmi pegi lap tgn tu kt baju yg de dlm kedai tu. rs seram gilerrr~ time nk balik tu, saya ngn salmi gi toilet dlu. basuh tangan. trlalu jijik rsnye bile dah trpegang. wpun saya x pegang tp tetap rs mau nangis. huhuhuhu..

sampi umah salmi trus samak tgn yg trpegang kasut td. then, saya trfikir2. td ms nk nek tren, saya pegang tgn salmi. im not sure which hand yg dia pegang kasut tu. but dua2 tgn dia saya ade pegang. ermm.. perlu ke saya samak jgak??

so, pagi2 ni i msg my cousin nk tny pasal tragedi yg menimpa kami.

"Kalo kte pegang kasut yg diperbuat dr kulit khinzir kena samak kn.then,kalo x samak lg, kte pgang plak org len,adkah org len tu pn kna samak jgak?"

cousin replied.

"yup kena samak..erm dalam kes macam 2 xperlu la org lain 2 samak juz hnya perlu membersihkn dgr air mutlak je tmpt bahagian yg terkena sentuhan 2..."

Alhamdulillah..ISLAM itu mudah. lega rasanya.. :)

so, i decide next time i dont want to go there anymore. hopefully, semlm adalah kali trakhir dlm idup sy ke shopping mall tu.huhuhuhu~not because of this tragedy only. but i hv another reasons yg membuatkn sy x nk pergi ke sana lagi.

p/s:- jika de pendapat2 len mengenai hukum situasi di atas, mohon dikongsi brsama. sy masih brpegang pd pendapat my cousin. sesunggunhnya yg baik itu dtg dr Allah dan yg buruk itu dr kekhilafan saya sendiri =)



wasalam :)

Wednesday, December 8, 2010

~::Salam Maal Hijrah 1432::~

~SALAM MAAL HIJRAH 1432~


‎"Org yg brhijrah ialah org yg menjauhi apa yg ditegah oleh Allah utk melakukanya" (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)


Monday, December 6, 2010

~::Thanks for the Birthday Present::~

Salam.



to my mom, my auntie n my little sis.. for the great bezday gifts and also to all for the bezday wishes. May Allah bless us alwayz. InsyaAllah.. (^_^)








Saturday, December 4, 2010

~::Talaq & Hak wanita::~

Salam.

Isu penceraian semakin brleluasa pd hari ini. sering saja dilihat di kaca tv, di dada akhbar dan sebagainya. penceraian di kalangan artis x kurang hebatnya. Ia seolah2 sudah mnjd 'trend' ms kini. itulah dunia~ pelbagai masalah dan ragam. kalo dulu kes buang anak mnduduki carta pertama, tp skrg telah dirampas takhta oleh kes2 penceraian.

one day, someone asked me this question.

soalan: apakah hukum persetubuhan antara suami dan isteri yg telah brcerai dan si isteri masih didlm tempoh iddah?

trdiam seketika. thinking for a while....

my answer: xpe je. sbb isteri tu still dlm tempoh iddah. but im not sure. nt saya rujuk pd yg pakar.

then, i discussed with my fren....

my frend: klu suami tu tidur dgn isteri time iddah kira rujuk la. sebab hak rujuk masih pada suami. yg sy ingat mcm tu la. sbb lepas lafaz cerai klu ikut syariat, suami mn boleh halau isteri keluar dr rumah. isteri plk mn blh keluar dr rumah suami dia, time iddah. klu dah mcm tu x pelik la kan klu "terlanjur" pun. sbb dah duk serumah. sy rasa klu awk nk semak sikit pasal bnda ni, rujuk surah at talaq dlm juzuk 28. awal2 surah. baca terjemahan dah cukup.



terjemahan surah At-Talaq, di'copy' dr http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/


[1]
Wahai Nabi! Apabila kamu - (engkau dan umatmu) - hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan idahnya, dan hitunglah masa idah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai idahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (jika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya); dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada dirinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).

[2]
Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

[3]
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

[4]
Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh idah mereka) maka idahnya ialah tiga bulan; dan (demikian) juga idah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah hingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah memudahkan baginya segala urusannya.

[5]
Peraturan-peraturan yang demikian adalah hukum-hukum Allah yang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu; dan (ingatlah), sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya.

[6]
Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.

[7]
Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

[8]
Dan bukan sedikit negeri-negeri yang penduduknya menderhaka terhadap perintah Tuhan mereka dan Rasul-rasulNya, maka Kami hitung amal mereka satu persatu dengan hitungan yang keras rapi, serta Kami seksakan mereka dengan azab yang tidak pernah dikenal dahsyatnya.

[9]
Lalu mereka merasai kesan yang buruk dari perbuatan derhakanya, dan menjadilah akibat perbuatan mereka satu kerugian yang besar.

[10]
Allah menyediakan bagi mereka azab seksa yang seberat-beratnya. Maka bertaqwalah kepada Allah kepada wahai orang yang berakal sempurna dari kalangan orang yang beriman. Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu peringatan -

[11]
(Dengan mengutuskan) seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Allah yang menerangkan kebenaran, supaya Allah mengeluarkan orang-orang (yang sedia diketahuiNya akan) beriman dan beramal soleh - dari gelap-gelita (kesesatan) kepada cahaya (hidayah petunjuk). Dan (ingatlah), sesiapa yang beriman kepada Allah dan beramal soleh, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah (dengan yang demikian) telah mengurniakan kepadanya sebaik-baik pemberian.

[12]
Allah yang menciptakan tujuh petala langit dan (Ia menciptakan) bumi seperti itu; perintah Allah berlaku terus menerus di antara alam langit dan bumi. (Berlakunya yang demikian) supaya kamu mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, dan bahawa sesungguhnya Allah tetap meliputi ilmuNya akan tiap-tiap sesuatu.


i got something to share with u all. my cousin yg share with me. katenye "sharing is caring". =)


Saman wanita jadi punca cerai


PUTRAJAYA 16 Nov. - Isu perceraian yang menjadi topik hangat ketika ini 'semakin menarik' apabila seorang pengamal undang-undang memberi tips kepada isteri-isteri teraniaya mengenai cara berdepan perampas suami mereka.

Peguam berkenaan, Datuk Kamilia Ibrahim berkata, isteri yang diceraikan disebabkan suami mereka digoda orang ketiga boleh menyaman wanita yang menjadi punca penceraian rumah tangga mereka.

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita UMNO memberitahu, satu pasukan peguam syarie boleh dibentuk bagi membantu isteri yang teraniaya akibat cinta suami beralih arah.

Menurutnya, terdapat peruntukan undang-undang di bawah Enakmen Pentadbiran Keluarga Islam yang membolehkan seseorang itu didakwa kerana cuba memecahbelahkan perkahwinan orang lain.

Tambah beliau, tidak ramai wanita Melayu yang menyedari peruntukan itu dan pihaknya bersedia akan membantu mereka mendapatkan khidmat nasihat jika mereka berasa teraniaya apabila ditinggalkan suami ekoran gangguan pihak ketiga.

"Malah di bawah undang-undang sivil pun ada peruntukan ini, sebagai contoh kes model dan pengacara, Daphne Iking yang mana bekas suaminya menyaman seorang ahli perniagaan kerana memikat isterinya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kamilia berkata, kes-kes saman seumpama itu perlu dimulakan supaya masyarakat dapat disedarkan bahawa adalah suatu kesalahan meruntuhkan ikatan pasangan yang berkahwin.

Justeru, tegas beliau, pihak ketiga yang menjadi punca penceraian itu perlu diheret ke mahkamah dan disaman kerana menyebabkan seseorang isteri yang enggan bercerai tetap diceraikan oleh suaminya.

Sementara itu, mengulas mengenai trend penceraian terutama dalam tempoh 10 tahun pertama perkahwinan, Kamilia mencadangkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri agar menganjurkan kursus untuk pasangan yang sudah berkahwin untuk tempoh setiap lima tahun.

"Janganlah semasa hendak berkahwin saja kita adakan kursus, sebab dalam tempoh lima tahun perkahwinan, 10 tahun, 15 tahun, 20 tahun dan seterusnya ada ujiannya yang tersendiri.

"Dengan cara ini, saya percaya banyak perkahwinan yang dapat diselamatkan kerana mereka akan mendapat bimbingan dan khidmat nasihat daripada pakar-pakar yang arif tentang asam garam rumah tangga," katanya.

Selain itu, kata Kamilia, pasangan suami isteri perlu bijak menggunakan Internet tanpa menjadikan laman sosial seperti Facebook untuk meluahkan perasaan terhadap kekurangan pasangan masing-masing kepada orang lain.

"Jika seorang isteri menceritakan keburukan suaminya kepada lelaki lain dan lelaki itu mengambil kesempatan menggoda dia, sudah tentu akan berlaku masalah dalam perkahwinan mereka, begitu juga sebaliknya," katanya.


**dipetik dr ARKIB UTUSAN ONLINE: 17/11/2010


sedikit renungan buat semua....

Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah adalah perceraian” (Hadith riwayat Abu Daud)


Dalam hadith lain Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tiga perkara jika dilakukan secara tidak sengaja (main), akan jadi betul-betul, iaitu kahwin, talak, dan ruju'” (Hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah)




sekian.

wasalam.. :)

Friday, November 26, 2010

~::My 1st Choc Moist Cake Sempena Hari Daging SeBTM::~

Salam.

hari khamis lpas de majlis bacaan yasin dan solat zohor brjemaah di bahagian teknologi maklumat sempena hari daging seBTM. kire sambutan hr raya aidiladha laa..heheheh

para staff digalakkn membawa makanan brasaskn daging korban jika mampu, sbgai hidangn jamuan selepas solat. my boss sponsor nasi kukus ayam dara. thank to k.nida~ de yg bwk kuih, lauk daging korban dan mcm2 lagi. sy x tau nk bw pe. jenuh pk makanan yg brasaskn daging. ingat nk bwk pulut kuning dan rendang daging, tp sape nk masak?? sy bab2 masak lauk ni mmg kurang arr..mengaku ye~ hehehhehe.. my mom lak awl2 dah tarik diri xnk wt kn. so, cmne ye? then, my mom suggest order karipap daging kt kwn akak. murah pon murah. senang pon senang. tp, for me x best la. wt pe nk order kalo kite leh wt sndri kn.

pk punya pk, then dpat idea. how about if i bake a chocolate moist cake?? i asked my cousin, bout the cost n recipe. yeahh..nk wt x ssh mn pon. kos lak x smpi rm20. so simple, easy n the most important is cheaper.

antara bahan2 yg digunakan ialah:

  • tepung gandum

  • butter

  • susu cair

  • serbuk koko

  • gula kastor

  • soda bikarbonat

  • baking powder

  • telur

  • esen vanilla

topping tu just coklat masak, whipping cream or susu pekat, n butter. double boiled ye.

so, ni lah hasilnye ye..


k la.. pk tuk next hidangah lak ye. wasalam :)

Tuesday, November 23, 2010

~::Ter’advanced’ la plak..Malunyaaa..::~


Pg ni unit aku dpt email n email tu atas nm my bos mr. fariz and mr. andi. Nk dijadikan cite, aku hanya focus kt subject email tu je iaitu Data Elmas-I (BA2). Actually, si penge’send’ ni nk data2 yg de pd IPT BA2 (kod ipt tu). Then, I know that my tugas adlh mengeluarkn data dynaform a.k.a data dr Elmas-I. bile dah generate sume data2 n export to text file, I dgn semangatnye trus emailkn data2 tu ke si penghantar email td. Suddenly, when I read the email again, bru I perasan yg email tu atas nm my bos. Suppose my boss yg akn forward kn email tu kt sesiape yg sepatutnye. Ya Allah.. ms tu mmg cuak gile. Just imagine that I yg reply email tuk my boss without their permission. Ntah2 si penghantar tu nk data lain kot. Xtau nk wt pe. I ingt nk email my boss to say sorry. Muka dah malu giler. Rs nk nyorok bwah meja je. Huhuhuhuhu.. tp,at last I email my bos for apologize. If kena pggil pon, I ckp la sape suh cc kt org yg x sepatutnya. Boleh keliru tau x..huh!~

Moral of the story, len kali bc email betul2 n tngk attention to sape. Jgn men redah je..

Wasalam.


Wednesday, November 17, 2010

~::Selamat Hari Raya Aidiladha 1431 Hijr::~

Salam Aidil Adha to all readers..



~::My 1st Quiche Lorraine ever::~

Salam aidiladha..

Slalu time raya je msti de lemang, ketupat, rendang. Tu adalah makanan tradisional yg wajib ade. Same at my house. Even raya aji ni kami x blk kg, juadah turun temurun tu tetap ade. Menu raya haji kali ni cume ditambah bihun soto dan quiche lorraine. Ni 1st time I baked the quiche. Just 4 trying only. Lg pon, I invite my friends dtg umah. So, i nk wt la special menu for them. Menu ni I got form cupcakekasih's blog. But, I just followed her recipe for pastry n salt royal. Filling tu I reka sndri. Bukan ssh pon (gaya brlagak je kn..hahahha). I wt same cm kuah spaghetti. But tuk inti quiche ni I masak kering. Xde kuah. coz, salt royal tu nnt dah leh jd kuah. huhuhuhu..

Ni bahan2 untuk filling:

  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji labu lada benggala
  • 1 biji tomato
  • 1 tin cendawan butang
  • 2 ketul sosej
  • 100 g ayam cincang
  • 1 sudu cili kisar
  • 3 sudu tomato puree
  • garam secukup rasa

After i siapkn pastry and ltak kn filling dia, i msukkan salt royal. ditambah dgn mozzarella cheese n cheddar cheese.

Then, bakar dlm 25 min pd suhu 150'C. Siap~

Ni lah hasilnye.. jemput makan semua :)


my 1st quiche lorraine..


selepas dibakar selama 25minit..


sedia untuk dihidang pd tetamu..


my mom's soto..


ni la antara tetamu yg hadir tuk menyerikn lg sambutan aidiladha dirumah kami..

:)


Saturday, November 13, 2010

~::Jalan2 Cari Makan - Sukhumvit Restaurant::~

Salam.

thanks to k.kheti coz sudi blanje makan semlm. actually, kitorg nk mkn steambot or western food. but len yg dirancang len plak jdnye. pape pon, tetap brsyukur dpt mkn free. ngeh3.. ;P

jam 8.15pm semlm, kami dah kuar umah. anto wak doi (a.k.a firdaus..my cousin) kt kl sentral coz, dia nk blk ipoh nek ERL kul 9. he should be there half an hour b4 departure. masuk je jln jelatek, jem giler. still be there within 15mins. jam menunjukkn 8.30pm. suppose doi dah de kt kl sentral. then, i text my another cousin (abg aca..coz dia yg sponsor tiket doi tu) to inform bout this. i dont think that weols sempat smpi sane b4 9pm. my mom n my dad dah membebel. hahahahah..

then, my mom suggest to u turn back n ikut duke highway. my dad pon trus la u turn. seb bek simpang u turn tu x lpas lg. so, bile msuk duke je, my dad trus buka tingkap. tu menandakn dia nk rempit la tu. hahahahahah.. dalam ati ni ku brdoa agr sumenye slamat. tepat kul 8.40pm weols pon smpi la kt kl sentral. doi pon brlari2 ke tempat departure. maka sempat la doi menaiki ERL tuk blk ipoh..

after that, i called k.kheti to ask the location we want to go for dinner. dia pon xtau. nk pegi restoran chan abdullah la pe la. tp, sume x jd coz, jln jem giler. xtau la nape semlm jln jem sgt2. then, my mom ajk gi mkn kt d'lala restaurant kt kg baru. memula ok je. bile dah smpi, diorg tukar plan lg. nk mkn kt tempt lain. haishhh~

just imagine, almost 2 hours kitorg dlm kete. lenguh kaki i tau. huhuhuhu~ finally, diorg decide nk mkn kt kg. baru. sukhumvit restaurant. doi dah smpi ipoh, bru kitorg dpt mkan. ish3..

ni antara makanan yg diorder. x sempat nk snap sume. mknn smpi je trus hurung cm lalat. hahahahah..

k la.. sehingga brtemu lg. InsyaAllah :)


ni muka depan menu..


senarai menu di sukhumvit restaurant..


nasi goreng 'khao kluk kapi'..lupe dah maksud dlm bm


kuey teow goreng..


ikan siakap stim..


ikan siakap 3 rasa..


tomyam sukhumvit..


kailan goreng..


som tam buah..


pulut mangga..

Saturday, October 30, 2010

~::Yeay!~ KELANTAN menang!::~

Salam.

Kelantan juara tuk Piala Malaysia 2010 dengan mengalahkn pasukan negeri sembilan, 2-1. 1st time tu.. hehehehehe. akhirnye kemenangan brpihak pd pasukan kelantan. Tahniah!~ wwweeeeeee (^_^)

~::Pe yg bestnye keje kt sni??::~

Salam.

Pejam celik pejam celik, dah setgh bulan saya kje kt PTPTN ni. Alhamdulillah, sume ok. saya tlah di tempatkn di unit penyelenggaraan aplikasi 1. sume on9 application di PTPTN website, team saya yg handle. so, byk gak la sy tau sal data2 permohonan ni.

yg paling best time kite check data2 pemohon yg apply tu. hehehe.. rs bangga giler bile saya kenal ngn applicant tu. (^_^) cm baru2 ni, team sy bizi uruskn permohonan pembiayaan ujrah. secara x langsung sy check la nm kawan2. then jumpa la 5-6 org yg saya kenal. rupenye masih ramai lg kawan2 yg x mohon ujrah. maybe dia xtau kot..

kepada sesapa yg nk kurangkn loan interest, mohon la ujrah ye. means dr 3% to 1%. xde la byk sgt nk kena byr kn.. 2% lg tuh leh kumpul tuk kahwin. hahahahah :P

k la.. tu je nk cite..

wasalam.

Monday, October 11, 2010

~::Alhamdulillah..Sudah Dpt Kerja::~

Salam.

Haaa..post kali ni nk mnceritakn rs kesyukuran x trhingga dan kegembiraan yg x trkata apabila diterima bekerja. Saya bersyukur sgt2. Alhamdulillah.. akhirnye, dpt gak kje. Sujud syukur menjadi keutamaan ku ketika itu. Kalimah Alhamdulillah dibibir ku.. Ya Allah hanya Engkau jualah yg mengetahui segalanya.

Tgh hr td de org cl..ni dialog semula perbualan kami..

Pn Ptptn: Hello..bleh sy brckp dgn cik nur ...??
Feeza: Assalamualaikum..ye sy brckp..
Pn Ptptn: Waalaikumusalam..sy Pn. X (xtau nm dia..huhuhuhu) dr PTPTN..
Feeza: lorrr..nk minta utang la ni..abih la aku..xkje lg ni..cmne nk byr??adehhhh (hati sy brkata2)
Pn Ptptn: Hari tu de gi interview tuk jwatan sambilan F29 Penolong Pegawai Sistem Maklumat kn??
Feeza: Ye..
Pn Ptptn: Sy nk gtau permohonan anda telah dilusluskn.
Feeza: Yeke ni Puan??Alhamdulillah.. (smbil trsenyum lebar) :)
Pn Ptptn: Ye.. Awk blum bekerja lg kn??
Feeza: Blum2..
Pn Ptptn: Ok.. Sila lapor diri pd 18hb 10, tingkat 11, jabatan sistem maklumat, sebelum 8.30 pg. Sila bw 3 keping gambar berukuran passport. Ade account Maybank x?
Feeza: Ade2..
Pn. Ptptn: Ok.. bw skali Maybank account statement ye.
Feeza: Ok.. mekasih ye puan.
Pn. Ptptn: Same2..

teetttttt!~

Dalam hati ni brsyukur n gembira sgt.. xtau cmne nk gmbrkn perasaan ketika itu.. :) ok.. tgu cite selanjutnye di ptptn nx wk ye :)

wasalam..

Thursday, October 7, 2010

~::Dinner at William's Stall::~

Salam.

Lame dah x kuarkn post pasal jalan2 cri mkn kn. so, skrg ni sy nk prkenalkn 1 tempat mkn yg agak menarik. actually, tempat mkn ni gerai biase je or lebih dikenali sebagai warung dlm bhs Melayu. wpun nmpk biase tp dia tetap de kelainan trsendiri. nm kedai ni diberi sempena nm tauke dia iaitu William. i heard that tauke dia tu Chinese Muslim (dont know..but hope so).. terletak di Damansara, berdekatan dgn kolej lim kok wing kampus lm .

huish.. jenuh gak nk cri tempat dia. lebih sejam kitorg pusing kt damansara tu. u-turn jgn ckp la. dah berkali2. puas tnya org kedai tu kt mn. direction yg diorg bg pn sume x leh pakai. huhuhuhu.. at last, kawan kheti gak yg brjaya bg direction yg betul.

gerai uncle William ni mmg ramai org. cousin i kate, lg lewat, lg happening. then, my cousin pggil uncle William tuk pesan mknn. yg lainnye kt sni, uncle William akn inform pe yg specialtuk hr tu. then, dia akn suggest mknn pe yg kite patut try. dia juga akn nasihatkn supaya kite x pesan byk2. coz, setiap 1 menu yg dipesan tu de byk portion. leh kongsi 3 4 org. so, mlm tu kitorg just order 3 main course meals dan 3 gelas juice.

ok ni lah mknn yg kami order..

ni nasi arab..lauknye pula adlh kari kambing dan ayam bakar..


ayam bakar..


kari kambing..


yg ni plak ialah BBQ steak..dimkn bersama portion di bawah..


dlm portion ni de sos bbq + mushroom, boiled potatoes dimn tgh2 tu dia sumbatkn daging cincang yg rsnye ala2 spaghetti, dan juga onion rings


yg ni xtau pe nm dia..tp, yg plg pntg adlh harganya yg sgt mahal iaitu RM50. pe yg de dlm pinggan tu ialah lamb chop, beef steak, chicken frankfurter, BBQ chicken wings, hirisan ayam bakar, kuah spaghetti, chicken frankfurter with cheese, and chicken meatloaf..tgh tu sos ala2 mayonnaise + mashed potatoes..


yg ni plg simple..iaitu nasi goreng ketam..but for me, i called it nasi goreng seafood..sbb bukan ketam je yg de, udang n sotong pon de gak..huhuhu


ok ni la air yg kami order..tembikai laici, herbs juice n fresh orange..


haaaaa.. amacam?? nk test x?? jomm.. sumenye sedap2 belake. overall price is rm136. mkn tuk 5 org. btw, thanks to mr. shahril coz sudi blanje kami.. :)


Monday, October 4, 2010

~::1st IT Freelance Project::~

Salam.

Pagi td de org cl, tny psal my IT skill. coz now im doing IT freelance. he wants to give me some project based at home. after the tele-conversation, he emails me about the web application. he gaves username n password to access it. dr pe yg sy lihat, project tu agak besar. dan dr pe yg dia ckp, sy perlu combine kn sume project tu. Alhamdulillah..finally, i got the 1st project. pe yg pntg skrg, sy kena usaha sungguh2 tuk siapkn ape yg dia nk. hopefully i can fulfill all the requirements. InsyaAllah..

Wednesday, September 29, 2010

~::My 1st Fruit Tart::~

Salam.

semlm saya dan k.kheti telah menjayakn program masakan brtempat di dapur k.kheti danmayra adlh artis jemputan yg turut sm memeriahkn program trsebut. actually, k.kheti yg nk wt tat nenas. dah alang2 nk sepahkn dapur, saya pon join la skali. niat nk wt fruit tart ni mmg dah de lm since i ate a delicious fruit tart baked by my sis's friend. semangat saya mncari resepi di internet. trlalu byk. xtau nk pilih mn 1. every recipe is different. then, saya pilih resepi dr makcik manggis.

ptg semlm jugak kami mulakn operasi. xde la lm sgt. dlm 2 jam lebih dah siap utk 1 jenis tat. this was my 1st time baked fruit tart. Alhamdulillah.. hasilnye xde la teruk sgt. bila dah siap, rasa puas hati sgt. wpun x cantik, yg pntg rasanye bleh tahan. heheheh.. perasan je saya ni. yelah, kalo cntik but the taste is not good, x brmakna gak kn. sib bek jd fruit tart saya. kalo x, mmbzir je. huhuhu..

jom layan gambar.. zasssssssssss~

the ingredients of fruit tart..


bahan2 kering dicampurkn dgn butter n kuning telur..


doh yg telah siap di uli..heheheh


preparing for custard..


my fruit tart..yummy!~


ni lak bahan2 tuk wt tat nenas..


masukkan tepung gandum dan tepung jagung ke dlm butter yg telah digaul bersama gula dan kuning telur..


ni lah tat nenas yg telah dihasikn oleh kami..yipee!~

ok la..wait for the next recipes.. ^_^

Tuesday, September 28, 2010

~::Proud with u Faizal a.k.a Pejei::~

Salam.

tengahari td my mom got a called from my auntie (aciksu). dgn kelam kabut my mom trus switched on the tv. saya trgamam seketika. then, channel 103 trus dipilih tuk menonton rancangan wanita hari ini di tv3. rupanye my cousin (faizal a.k.a pejei) de silat gayong performance kt sri pentas. i saw my cousin face clearly there. waaaaaaaaahhh..bangga giler saya. hehehhe.. seblum ni kite tngk abg ca je kt tv. skrg kamu lak ye. bile la turn saya ni?? hahahahah ^_^

btw, wishing u gud luck n may success follow u whenever u go.. InsyaAllah :)


tonton - Wanita Hari Ini 2010 - Episode 185

Tuesday, September 21, 2010

~::Akan ku jumpa::~

salam.

pe yg akan sy jumpe ye? hehehhe.. lagu ni mengingatkn sy memori brpuasa pd tahun ini.best sgt. ms tu sy tumpang umah abg sam & kak da. after berbuka puasa, kami akn ke masjid menunaikn solat sunat tarawih. pastu blk umah makan nasi. tu pon if kami mkn yg ringan2 ketika berbuka puasa. then, kami ramai2 lepak kt hall. dalilah wt keje sekolah. zikri cm biase prepare soklan peksa, semak buku bdak2 or ngadap laptop. tngk cm sng je kje cikgu kn. hakikatnye pening lalat. huhuhuhu.. ijai lak akn teman dalilah wt kje sekolah. aku, k.dah n abg sam akn bersembang sambil menonton tv. mcm2 topik yg kuar. tp, kebanyakkn topik psal u la. of course abg sam bangga ngn utm. hehehehe.. tepat kul 10.30pm kami akn bersama2 menonton drama Syurgamu Ramadhan di tv3. lagu ni merupakn lagu tema drama trsebut. pe yg disampaikn dlm lgu ni, mmg bermakna.. moga saya akn bertemu dgn Ramadhan akn dtg. InsyaAllah :)

Lirik lagu Akan ku Jumpa by Azfar

Ku mengatur langkahku
Jalan tanpa bayang-bayang mu
Langit dan bumi setia menemani ku
Matahari menyinar tak pernah berpihak pada ku
Ku kepanasan tanpa perlindungan mu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri mu dalam hidup ku ini
Rasa kecewa ada bilakah kita nak berlari
Namun yakin ku takkan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkah ku mencari cinta
Yang ku tahu hanya tuk diri ku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diri mu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpi ku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Andai ku kabur mencari
Hadirlah dalam hidup ku ini

Cinta jangan engkau pergi
Bila langkah ku cuba
Untuk mengejar diri mu


~::LinkWithin::~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...