السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته
Dlm kesibukan kite menyambut hari raya aidilfitri, dengan jemputan open house bagai, jgn lupe utk mengerjakan ibadah seterusnya iaitu brpuase sunat di bulan syawal selama enam hari. raya raya juga, jgn lupe mengejar pahala tuk ibadah sunat di bulan syawal ni. 
Bg kaum adam, mungkin mereka mmg xde masalah nk wt pose sunat ni. tp, kaum hawa sebaliknye. mcm2 persoalan yg difikirkn. samada mahu menggantikan pose yg ditinggalkn atas sebab lumrah kehidupan sbgai seorang perempuan atau mahu mengerjakn pose sunat trlebih dahulu.
A: ade org ckp, kite kena ganti pose dulu. bru leh wt pose sunat. sbb ganti pose tu wajib.
B: ustazah tu kate, kite leh wt pose sunat dlu, if rase x sempat. kemudian bru wt pose ganti.
yelah, bln syawal kn sebulan je. sibuk ngan open house bgai, dtg bulan lg, so tgl bp hr je la kn.
C: dgar ustaz tu bg ceramah, dia kate kite bleh gabung kn niat sekali gus.
A, B, C: so, cmne skrg? mn 1 yg kite nk ikut ni? muskil2..

ok, sy bab2 cmni mmg kureng sket la. mn yg tahu tu, sy kongsi, yg xthu tu, sy tny la pd yg arif. setelah ditanya pd yg arif (ustaz zikri), ni adlh jwpn beliau; 
jumhur ulama' berpendapat afdhal buat asing asing.
Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. Namun jika mampu memisahkannya –yakni melakukan puasa secara berasingan- itu yang sebaik-baiknya. Apabila berlaku pertembungan antara puasa Qadha dan puasa enam, kita boleh memilih seperti berikut;
b) Jika kita tidak mampu puasa kedua-dua sekali dalam bulan Syawal, harus kita mendahulukan puasa enam di bulan Syawal, adapun puasa Qadha kita lakukan pada bulan-bulan lain.
c) Jika kita tidak mampu berpuasa kedua-duanya secara berasingan, harus kita meniatkan kedua-duanya dalam satu puasa. Malah sebahagian ulamak berkata; jika seseorang berpuasa dengan niat qadha dalam bulan Syawal, otomatik akan dapat untuknya pahala puasa enam sekalipun tanpa ia meniatnya kerana yang diperkira ialah wujudnya sebarang puasa dalam bulan Syawal itu.
Susunan di atas adalah mengikut keutamaan. Yang paling utama ialah pilihan (a), diikuti (b) dan seterusnya (c).
p/s: hukum agama ni byk pandangan. ulama pon de khilafnye. jd kite buat mn yg trbaik. Islam itu mudah. jd x perlu kite, gaduh2 ye. 
Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.
Dalilnya ialah hadis Rasulullah s.a.w.: "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun." [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164 (Kitab al-Siyam, Bab disunatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)].



