salam
hr ni aku nk habaq mai kt hangpa suma pasai kejayaan students school of computer science, universiti sains malaysia yg memenangi imagine cup 2009 baru2 ini.
PULAU PINANG, 13 Julai (Bernama) -- Universiti Sains Malaysia (USM) mencatat sejarah apabila tujuh penuntutnya berjaya merangkul tempat pertama dan ketiga dalam Pertandingan The Worldwide Imagine Cup 2009 di Mesir baru-baru ini.
Pemangku Naib Canselornya, Profesor Omar Osman berkata kejayaan penuntut daripada Pusat Pengajian Sains Komputer itu akan menyemarakkan lagi semangat pelajar lain untuk berjaya dan mengharumkan nama universiti serta negara.
Katanya pada pertandingan anjuran syarikat gergasi perisian komputer Microsoft Corporation itu, dua kumpulan dari USM iaitu Cosmic yang dianggotai Jasy Liew Suet Yan, Ooi Keng Siang, Matthew Phiong Yoon Kheong dan Loo Wan Koe memenangi tempat pertama.
"Pasukan Cosmic yang dibantu pensyarah Dr Cheah Yu-N menang tempat pertama dan membawa pulang wang tunai berjumlah AS$10,000," katanya pada sidang akhbar di sini Isnin ini.
Beliau berkata Cosmic mengetengahkan rekaan mengenai sistem pemantauan kesihatan yang dikenali sebagai "Virtual Health Connect" yang mampu menyampaikan pelbagai maklumat berhubung status kesihatan seseorang sejak dilahirkan sehingga ke peringkat dewasa.
"Sementara pasukan Capricorn yang dianggotai Lim Kian Long, Marilyn Chien Hui dan Steven Lim Jun Liang yang dibantu pensyarah Mohd Azam Osman dan Maziani Sabudin pula memenangi tempat ketiga serta membawa pulang wang tunai AS$1,000," katanya.
Omar berkata, Capricorn mempertandingkan teknologi perisian ciptaan mereka "GreenEve2Peace" yang berfungsi sebagai sistem amaran dan penyampaian maklumat antaranya mengenai cuaca, masalah serangga, sukatan racun serangga dan makhluk perosak menerusi khidmat pesanan ringkas (sms) kepada penanam padi di bawah seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda.
Sementara itu Dekan Pusat Pengajian Sains Komputer, Profesor Rosni Abdullah berkata peserta dipilih berdasarkan projek yang dihasilkan iaitu dengan mengambil kira kemampuan memberi impak besar dalam menyelesaikan masalah dunia dan membantu masyarakat.
"Imagine Cup memerlukan pesertanya membangunkan perisian mengikut tema pada tahun ini, "Bayangkan Dunia Di mana Teknologi Membantu Menyelesaikan Masalah Paling Sukar Dunia", katanya sambil menambah bahawa sebanyak 144 pasukan dari 70 negara di seluruh dunia menyertai pertandingan itu.
Katanya kedua-dua kumpulan penuntut tersebut dipilih mewakili Malaysia setelah dinobatkan sebagai johan dan naib johan bagi Pertandingan Imagine Cup di peringkat kebangsaan pada 18 Mei lalu di Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
setelah beberapa thun USM mewakili Malaysia dlm imagine cup, akhirnya mereka memenangi competition ini di peringkat akhir. wahhhhhhhhhhh..hebat2. teruskn usahamu wahai kawan2 ku di USM..actually, juz nk gtau je yg diorg ni ex-classmate aku. bangga gak la aku. hehehe..

No comments:
Post a Comment