Friday, December 31, 2010

~::Selamat Tinggal 2010::~

السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته


Hari brganti hari, minggu brganti minggu, dan bulan brganti bulan, akhirnya sampai jua kita di pengakhiran tahun 2010. pejam celik pejam celik, dah 2 tahun blog ini wujud. Dah 3 tahun saya blaja di USM. Dah 2 tahun kenangan itu brlalu. Kenangan pe ek??hahahah..”biarlah rahsia” lenggang lengguk ct nolija nyanyi. ;P

Suka duka dan pahit manis kehidupan ditelan sebagai penguat semangat. Bukan mudah sebenarnya utk menjadi seorg insan. Saya bukanlah mengeluh ataupun merungut. Tp, itulah kenyataannya. Jika hidup brlandaskn syariat, InsyaAllah tidak susah untuk kita mnjd seorg insan. Saya hanya manusia biasa. Manusia dan insan adlh berbeza.


Kronologi Perjalanan 2010...


Januari ‘10

Saya masih lg seorg pelajar universiti. Menyambung pengajian utk semester trakhir mungkin. Tp, sy tidak mempunyai keyakinan yg tggi tuk menghabiskn pengajian pd tahun ini. Wpun mndpt sokongan dr timbalan dekan pusat pengajian. Kate2 seorg sahabat membuatkn sy mengambil keputusan utk extend 1 sem. “biar kita lmbt habis, aslkn pointer kita bagus utk brgelar seorg mahasiswa yg brjaya”. Ketika memohon cuti dengan kebenaran, saya diberikan kaunseling oleh pensyarah, timbalan dekan dan kaunselor universiti sebelum cuti diluluskan oleh pihak universiti. Mereka tidak menggalakan saya menambah semester pengajian.


Febuari ‘10

Saya terus berusaha utk berjaya. Wpun semester ini bukanlah yg trakhir bg saya, tetapi cabarannya sama hebat dgn Final year student yg len. Sy juga membuat final year project dan mengambil 5 subjek lain. Ditambah pula, apabila client saya menyertai pertandingan Business Plan MSC. Mahu atau pon tidak, sy harus menyiapkn system yg diminta sebelum hr pertandinagn. mmg sgt mencabar bg pljr yg lemah spt sy. Keluarga dan sahabat2 tidak jemu2 memberi sokongan. Alhamdulillah, buat pertama kalinya sy menyertai competition di USM, joint-venture with my client, telah mendapat hadiah saguhati. My client said, “It is higher than merit”. Berbaloi rsnya setiap saat dan kepenatan yg dikorbankan. Penghargaan yg diberikan, pengalaman yg dikutip sepanjang tempoh menyertai pertandingan trsebut cukup utk menaikkan sedikit tahap keyakinan diri.


March ‘10

Kekangan waktu memberikn tekanan kpd semua final yr student CS usm. Sibuk dgn assignment, project, fyp documentation, presentation, test dan sebgainya. Memang menguji tahap kesabaran. Wpun ramai yg mengatakn sy seorg yg penyabar, adakalanya kemarahan itu tidak dpt dikawal. Tersentap jgak la. Dr seorg yg mngalami tekanan darah rendah, kini tekanan darah mnjd normal. saya tidak mampu memarahi seseorg itu kerana kesilapannya. Saya hanya brdiam diri dan merungut di dalam hati. segala perasaan dihati, hanya Allah sahaja yg mengetahuinya.


April ‘10

Saat genting utk semua plajar tahun akhir CS usm. Dlm tempoh inilah kita kenal siapa kawan dan siapa lawan. Dpat dilihat siapa diri kite yg sebenarnya. Alhamdulillah, sekali lg Allah mmberi kemudahan pd saya. Presentation fyp yg sepatutnya dibuat dlm bulan ini ditangguhkn ke bulan seterusnya iaitu selepas peperiksaan akhir semester. Skrg adlh masa utk saya beri perhatian sepenuhnya membuat preparation for final exam.


May ‘10

Tibalah hr yg dinnt2 utk membentang hasil usaha saya n my teammate selama 5 bulan dlm menyiapkn final year project. Pe yg dipelajari selama brgelar undergraduate student perlu diadaptasi. Segala kerja akn dinilai satu persatu. Siapa yg buat dan siapa yg berehat dpat dilihat ketika pembentangan. Alhamdulillah, Allah permudahkn segalanya bg sy.


Jun ‘10

Saya mengikuti Program Pentaulihan Profesional (3P). Microsoft . NET menjadi pilihan saya. Kelas hands-on diadakan setiap hari waktu bekerja selama 28 hari termasuk 3 kali peperiksaan. Alhamdulillah, saya lulus utk ketiga2 peperiksaan trsebut dan im certified for Microsoft Certified Professional Developer (MCPD). Result semester 2 09/10 diumumkan. Alhamdulillah, sy lulus semua subjek wpon tidak la sebagus mn.


Julai ‘10

Looking for temporary job utk mencari pengalaman dan duit poket utk semester akan dtg. Pelbagai jawatan sy mohon. Merata tempat saya hadiri interview. Pelbagai soklan saya jwb. Akhirnya, sy mngambil keputusan utk mencari pengalamn baru dinegara org selepas ditawarkn kerja sebagai IT Support Specialist di Youth Olimpic Games 2010. Wpun, berat utk emak dan ayah melepaskn saya ke sana, tapi sy yakinkn mereka, saya boleh. Persiapan dibuat. Tanggal 24 Julai, saya berhijrah ke Singapura. Jarak yg dekat, tidaklah mnggusarkn hati. Kesedihan emak ketika menghantar saya kesana, mmbuatkn sy rs bersalah. Tp, emak faham dan redha dgn hasrat sy. Saya ditempatkn di Nanyang Technological University (NTU). Terletak dipenghujung Singapura. Jauh dr Johor Baharu.


Ogos ‘2010

Ramadhan saya yg pertama dinegara org. Pertama kali bersahur dijalanan amat menyedihkan. Jika saya balik ke rumah sepupu, bekalan utk berbuka dan bersahur disediakn utk saya. Amat terharu. Berkenalan dan berbual bersama rakan2 antarabangsa mmg seronok. Sy tidak begitu kekok menjalani kehidupan disana. Tetapi pepatah Melayu slalunya benar. “Hujan emas dinegeri org, hujan batu dinegeri sendiri. Lebih baik dinegeri sendiri”. Saya kembali ke Kuala Lumpur setelah tamat kontrak, dgn rs syukur kerana semuanya berjalan lancar akhirnya.


September ‘10

Saya menghadiri sesi temuduga bg jawatan F29 (Sambilan) di PTPTN seminggu sebelum berakhirnya Ramadhan. Suatu hari sy dikejutkn dgn berita yg mnyakitkn dan memeritkn. Saya difitnah dan dikutuk oleh sahabat sndiri. Now, they r not my sahabat anymore. Hanya kawan. Mengalir air mata bile membaca blognye. Sakit hati bile trpandang status di FB dan YM. Kate2 kesat yg dilontarkn mmg memalukan seperti merwka manusia yg tidak bertamadun. Ade jgak manusia mcm ni. Ishh3.. Sy trpaksa mendelete mereka dr YM list dan FB.


Oktober ‘10

Kawan2 brtnyakn hal yg sebenar. Saya menceritakn ala kadar. cukup utk mereka mengetahui yg saya tdk brsalah. Alhamdulillah, mereka menyokong sy. Pelbagai kate2 semangat sy terima. Mak saya selalu pesan, “biar org buat kita, jgn kita buat org”. kate2 itu membuatkn sy trus bersabar. Alhamdulillah sekali lg. Saya ditawarkan jwtn F29 (Sambilan).


November ‘10

My Bezday..Yeay!!~ pelbagai hadiah dan ucapan diberikan. Thanks all. May Allah bless us always.


December ‘10

Saya trpaksa melepaskn jawatan penolong pengurus utk menyambung pengajian di USM. Wpun berat rs hati, tp apakn daya. InsyaAllah.. jika ade rezeki saya brkhidmat dgn sektor awam, saya akn mendapat tawaran lain. Bermulalah kembali kehidupan saya sebagai seorg pelajar. Mohon Allah permudahkn segalanya utk saya. Ameen~


Tamatlah sudah ceritera tahun 2010. Ape yg baik diambil sbgai pedoman. Dan yg kurang dijadikan tauladan.


Wasalam.


2 comments:

Unknown said...

happy new year!!!
may Allah bless us..
Yg pasti..this 2011 we have many trips for our happening vacations!!!
YeAy!!!

feeza said...

Ameen!~

yeay!~ hepi sokmo ^_^

~::LinkWithin::~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...